Tuesday 12 June 2012

Ada Apa Di Hulu Selangor

Daerah Hulu Selangor (dahulu dieja Ulu Selangor) merupakan salah sebuah daerah yang terletak di utara Negeri Selangor. Luasnya adalah 174,047 hektar dengan penduduk berjumlah lebih kurang 100,000 orang (1998). Hulu Selangor mempunyai beberapa mukim iaitu:
  1. Batang Kali
  2. Ulu Bernam
  3. Ulu Yam
  4. Kalumpang
  5. Kerling
  6. Kuala Kubu Bharu
  7. Rasa
  8. Serendah
Rasa merupakan mukim yang terkecil. Daerah Hulu Selangor juga merupakan daerah yang terbesar daripada sembilan buah daerah di Negeri Selangor. Ia bersempadan dengan Negeri Perak di utara dan Negeri Pahang di sebelah timur.Daerah yang pada suatu ketika dahulu dikenali sebagai “The Sleeping Hollow” serta terletak di kawasan terpinggir dari limpahan kemajuan negara, kini telah mengorak langkah dengan menggiatkan pembangunan dan kemajuan di semua bidang selaras dengan visi Negeri Selangor ke arah “Negeri Idaman,Maju dan Sejahtera”. Di Hulu Selangor ini terdapat tempat untuk makan, pendidikan, penginapan dan tempat yang menarik.


Peta Hulu Selangor


No comments:

Post a Comment