Monday 11 June 2012

Ada Apa Di Kuala Kubu Bharu


Kuala Kubu Bharu yang pada mulanya dikenali sebagai Kuala Kubu diletakkan di dalam Pentadbiran Residen-Residen British yang pertama iaitu Presiden Frank Swettenham, diikuti oleh J.P Rodger dan Edward Maxwell. Pada masa itu, Kuala Kubu menjadi pintu masuk ke Negeri Pahang. Oleh kerana banjir besar yang melanda, pihak British telah memindahkan pusat pentadbiran mereka ke Kuala Kubu Bharu pada 6 Mei 1931. Pada tahun 1975, tertubuhnya Majlis Daerah Hulu Selangor yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dan membuat perubahan di dalam kawasan jagaannya terutama Kuala Kubu Bharu. Banyak perubahan dan pengubahsuaian telah dilakukan dari semasa ke semasa untuk keselesaan dan kemudahan penduduk. Pekan Kuala Kubu Bharu yang dahulunya sunyi kini bertukar corak menjadi pekan yang ceria, bersih dan indah dnegan landskap yang menyejukkan mata memandang. Pada tanggal 15 Januari 1994, Pejabat Pentadbiran Majlis Daerah Hulu Selangor yang dahulunya terletak di bekas Pasar Lama di dalam pekan Kuala Kubu Bharu juga telah bertukar ke kawasan yang lebih luas dan selesa. Pejabat tersebut yang bertempat di Jalan Bukit Kerajaan telah dirasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Haji Muhammad bin Haji Muhd. Taib, Menteri Besar Selangor pada ketika itu. Terdapat tempat-tempat yang menarik seperti Pendakian Bukit Kutu, Sungai Chiliing Pertak, Sungai Ampang Pecah dan lain-lain lagi. Terlalu banyak sejarah yang ada di Kuala Kubu Bharu ini yang kini telah dikenali sebagai "Bandar Taman".



Tempat Untuk Makan :
  • Restoran Fazlina Maju
  • Restoran Kek dan Roti
  • Gerai Nasi Lemak 1 Malaysia
  • Farhan Grill
  • Kedai Makan Mee Rebus Kuala Kubu Bharu

Tempat Untuk Menginap :
  • Hotel-hotel bajet
  • Rest House, Padang Golf
  • Rest House Mukmin

Tempat Untuk Membeli-belah :
  • 99 Mart
  • Pasar Raya Everlasting
  • Kedai-kedai di Pekan Kuala Kubu Bharu

Pendidikan :
  • Tadika
  • SK Kuala Kubu Bharu
  • SK Kuala Kubu Bharu 1
  • SK Kuala Kubu Bharu 2
  • SK Ampang Pecah
  • SMK Dato' Haji Kamaruddin
  • SMK Kuala Kubu Bharu
  • SMK Ampang Pecah
  • SAMT Kuala Kubu Bharu
  • SJK Cina Kuala Kubu Bharu
  • SJK Tamil Kuala Kubu Bharu
  • Darul Quran

Tempat Menarik :
  • Taman Rekreasi Millenium
  • Sungai Chiling Pertak
  • Kawasan Empangan Air Pertak
  • Sungai Ampang Pecah
  • Perpustakaan Awam Kuala Kubu Bharu


Kedai Mee Rebus Kuala Kubu Bharu

Restoran Fazlina Maju

Empangan Air Pertak

Taman Millenium

Sungai Ampang Pecah

Darul Quran


Bukit Kutu

2 comments:

  1. https://m.facebook.com/groups/512042552217550?view=permalink&id=1836691229752669

    ReplyDelete
  2. https://m.facebook.com/Homestay-DSongket-Kuala-Kubu-Bharu-889485767910810/

    Sesiapa ke kuala kubu bharu boleh menginap di homestay ini... tq

    ReplyDelete