Tuesday 12 June 2012

Ada Apa Di Hulu Selangor

Daerah Hulu Selangor (dahulu dieja Ulu Selangor) merupakan salah sebuah daerah yang terletak di utara Negeri Selangor. Luasnya adalah 174,047 hektar dengan penduduk berjumlah lebih kurang 100,000 orang (1998). Hulu Selangor mempunyai beberapa mukim iaitu:
  1. Batang Kali
  2. Ulu Bernam
  3. Ulu Yam
  4. Kalumpang
  5. Kerling
  6. Kuala Kubu Bharu
  7. Rasa
  8. Serendah
Rasa merupakan mukim yang terkecil. Daerah Hulu Selangor juga merupakan daerah yang terbesar daripada sembilan buah daerah di Negeri Selangor. Ia bersempadan dengan Negeri Perak di utara dan Negeri Pahang di sebelah timur.Daerah yang pada suatu ketika dahulu dikenali sebagai “The Sleeping Hollow” serta terletak di kawasan terpinggir dari limpahan kemajuan negara, kini telah mengorak langkah dengan menggiatkan pembangunan dan kemajuan di semua bidang selaras dengan visi Negeri Selangor ke arah “Negeri Idaman,Maju dan Sejahtera”. Di Hulu Selangor ini terdapat tempat untuk makan, pendidikan, penginapan dan tempat yang menarik.


Peta Hulu Selangor


Ada Apa Di Kalumpang


Panglima Kanan adalah merupakan pengasas Kalumpang. Beliau berasal dari Kampung Kota Raja, Rao Mapat Tunggul Kecamatan Rao, Kabupaten Pasaman Sumatra Barat. Beliaulah orang yang bertanggungjawab membuka Kalumpang pada tahun 1883 atau sebelumnya. Nama sebenar beliau ialah Hj. Salam Bin Datuk Berkanun. Beliau diberi gelaran Panglima Kanan oleh D.Y.M.M. Ada yang difahami setelah kematian Panglima Kanan, penghulu Kalumpang tidak lagi dilantik dari keturunan Kalumpang hinggalah ke hari ini. 





Tempat Untuk Makan :
  • Dusun Bay
  • Kalumpang Steamboat & Grill


Tempat Untuk Menginap :
  • Kalumpang Resort
  • Hotel Murah Kalumpang


Pendidikan :
  • SK Kalumpang


Tempat Menarik :
  • Kawasan Rekreasi Sungai Inki
  • Kalumpang Resort
  • Tapak Sukan Lasak
  • Air Terjun Kalumpang

Dusun Bay, Kalumpang


Kalumpang Steamboat & Grill


Kalumpang Resort


Sungai Inki


Tapak Sukan Lasak

Ada Apa Di Serendah


Serendah ialah sebuah bandar di daerah Hulu Selangor. Di Serendah terdapat tempat yang menarik untuk dilawati, antaranya ialah Perigi Tujuh Serendah dan Air Terjun Kampung Orang Asli. Perigi Tujuh Serendah di bina pada zaman dahulu bertujuan untuk mencegah banjir yang besar dari berlaku di kawasan rendah di sini. Antara sebab mengapa serendah mendapat nama. Tempat yang rendah ini sering mengakibatkan bah atau banjir besar berlaku. Sehubungan dengan itu sebuat empangan kecil di bina oleh pihak pengusaha lombong bijih timah yang berada di bahagian rendah kawasan ini untuk mengelakkan banjir dari berlaku. Ada yang berpendapat empangan ini di bina untuk menjadi kunci air utama kepada limpahan air sungai yang mengalir dari bahagian hulu dan terus bertakung di bahagian tasik buatan bahagian atas empangan kecil yang dinamakan Perigi tujuh ini. Mitos pula menyatakan dimana, ada ketikanya empangan ini akan dikunjungi oleh puteri-puteri kayangan yang akan turun bersiram (mandi) di kawasan Perigi tujuh ini. Biasa nya apabila pelangi kelihatan jatuh di kawasan Perigi Tujuh ini dari kejauhan, dipercayai pada waktu itulah puteri-puteri kayangan ini akan turun mandi.





Tempat Untuk Makan :
  • Salam One Kafe
  • Restoran Makanan Tradisional Melayu
  • Restoran Seri Pagi Satu
  • Restoran Nyonya Baba
  • Warung Kak Ram
  • Trafic Light Chicken Rice
  • Kedai Makan Bawah Pokok Ceri


 Tempat Untuk Menginap :
  • Hotel Kampung Serendah
  • Hotel Simpang Sungai Choh
  • Hotel Murah dan Hotel Bajet


 Pendidikan :
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Choh
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Choh
  • Sekolah Rendah Agama Sungai Choh
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Choh
  • Sekolah Kebangsaan Antara Gapi
  • SK Serendah
  • SMK Serendah
  • SRA Serendah


Tempat Menarik :
  • Air Terjun Kampung Orang Asli Serendah
  • Perigi Tujuh Serendah

Restoran Salam Satu Kafe

SMK Serendah

telaga tujuh serendah Air Terjun Serendah Dan Perigi Tujuh Serendah
Perigi Tujuh Serendah

cara ke air terjun serendah Air Terjun Serendah Dan Perigi Tujuh Serendah
Air Terjun Kampung Orang Asli Serendah

Ada Apa Di Ulu Yam

Ulu Yam mengandungi 2 kampung iaitu Kampung Ulu Yam Baru dan Kampung Ulu Yam Lama. Ulu Yam bermaksud Kampung di mana ada yang mengandaikan ianya berasal daripada sebutan Ulu Ayam (Kampung Ayam). Di Ulu Yam ini terdapat beberapa tempat menarik seperti Rock Resort, Woods Resort, air terjun Sungai Sendat dan lain-lain lagi.






Tempat Untuk Makan :
  • Restoran Makanan Laut Weng Kee
  • Ulu Yam Crab Dinner
  • Restoran Shang Kee
  • Restoran Makanan Tradisional Melayu


Tempat Untuk Menginap :
  • Hotel Ulu Yam Lama
  • Hotel-hotel Bajet


Pendidikan :
  • SK Ulu Yam Bharu
  • SM Sains Hulu Selangor (SEMASHUR)
  • SMK Alam Shah


Tempat Menarik :
  • Rock Resort, Ulu Yam
  • Woods Resort, Ulu Yam Perdana
  • Air Terjun Sungai Sendat
  • Sungai Tua Ulu Yam
  • Hutan Rekreasi Ulu Yam

Rock Resort

Sungai Tua Ulu Yam

Air Terjun Sungai Sendat

Hutan Rekreasi Ulu Yam

Ada Apa Di Ulu Bernam

Ulu Bernam ini berasal dari Sabak Bernam (Sahabat Berenam). Sahabat-sahabat ini mahu pergi ke Hulu Sungai. Dalam perjalanan itu, mereka dapati ada sebatang kayu yang tumbang dan menghalang laluan sungai. Mereka telah bertindak memotong kayu tersebut dan meneruskan perjalanan ke hulu sungai. Sungguhpun kesahihan cerita ini tidak dapat dibuktikan, namun terdapat sedikit sebanyak bukti yang berkaitan dengan Sahabat Berenam ini iaitu kubur-kubur mereka dikatakan masih boleh dijumpai hingga hari ini iaitu di Ulu Bernam.




Tempat Untuk Makan :
  • Restoran makanan melayu Tradisional
  • Restoran P'yorr
  • Seafood Ulu Bernam

Tempat Untuk Menginap :
  • Hotel Sahara
  • Hotel Ulu Bernam

Tempat Untuk Membeli-belah :
  • Kedai-kedai Di Pekan Ulu Bernam

Pendidikan :
  • SK Ulu Bernam
  • SMK Ulu Bernam

Tempat Menarik :
  • Sungai Bil
  • Teratak Review
SK Ulu Bernam


SMK Ulu Bernam



Teratak Review


Sungai Bil



Monday 11 June 2012

Ada Apa Di Kuala Kubu Bharu


Kuala Kubu Bharu yang pada mulanya dikenali sebagai Kuala Kubu diletakkan di dalam Pentadbiran Residen-Residen British yang pertama iaitu Presiden Frank Swettenham, diikuti oleh J.P Rodger dan Edward Maxwell. Pada masa itu, Kuala Kubu menjadi pintu masuk ke Negeri Pahang. Oleh kerana banjir besar yang melanda, pihak British telah memindahkan pusat pentadbiran mereka ke Kuala Kubu Bharu pada 6 Mei 1931. Pada tahun 1975, tertubuhnya Majlis Daerah Hulu Selangor yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir dan membuat perubahan di dalam kawasan jagaannya terutama Kuala Kubu Bharu. Banyak perubahan dan pengubahsuaian telah dilakukan dari semasa ke semasa untuk keselesaan dan kemudahan penduduk. Pekan Kuala Kubu Bharu yang dahulunya sunyi kini bertukar corak menjadi pekan yang ceria, bersih dan indah dnegan landskap yang menyejukkan mata memandang. Pada tanggal 15 Januari 1994, Pejabat Pentadbiran Majlis Daerah Hulu Selangor yang dahulunya terletak di bekas Pasar Lama di dalam pekan Kuala Kubu Bharu juga telah bertukar ke kawasan yang lebih luas dan selesa. Pejabat tersebut yang bertempat di Jalan Bukit Kerajaan telah dirasmikan oleh Y.A.B Tan Sri Haji Muhammad bin Haji Muhd. Taib, Menteri Besar Selangor pada ketika itu. Terdapat tempat-tempat yang menarik seperti Pendakian Bukit Kutu, Sungai Chiliing Pertak, Sungai Ampang Pecah dan lain-lain lagi. Terlalu banyak sejarah yang ada di Kuala Kubu Bharu ini yang kini telah dikenali sebagai "Bandar Taman".



Tempat Untuk Makan :
  • Restoran Fazlina Maju
  • Restoran Kek dan Roti
  • Gerai Nasi Lemak 1 Malaysia
  • Farhan Grill
  • Kedai Makan Mee Rebus Kuala Kubu Bharu

Tempat Untuk Menginap :
  • Hotel-hotel bajet
  • Rest House, Padang Golf
  • Rest House Mukmin

Tempat Untuk Membeli-belah :
  • 99 Mart
  • Pasar Raya Everlasting
  • Kedai-kedai di Pekan Kuala Kubu Bharu

Pendidikan :
  • Tadika
  • SK Kuala Kubu Bharu
  • SK Kuala Kubu Bharu 1
  • SK Kuala Kubu Bharu 2
  • SK Ampang Pecah
  • SMK Dato' Haji Kamaruddin
  • SMK Kuala Kubu Bharu
  • SMK Ampang Pecah
  • SAMT Kuala Kubu Bharu
  • SJK Cina Kuala Kubu Bharu
  • SJK Tamil Kuala Kubu Bharu
  • Darul Quran

Tempat Menarik :
  • Taman Rekreasi Millenium
  • Sungai Chiling Pertak
  • Kawasan Empangan Air Pertak
  • Sungai Ampang Pecah
  • Perpustakaan Awam Kuala Kubu Bharu


Kedai Mee Rebus Kuala Kubu Bharu

Restoran Fazlina Maju

Empangan Air Pertak

Taman Millenium

Sungai Ampang Pecah

Darul Quran


Bukit Kutu

Sunday 10 June 2012

Ada Apa Di Kerling

Kerling merupakan mukim yang terpencil dalam Daerah Hulu Selangor. Nama Kerling ini wujud pada tahun 1980. Pada tahun 1866 dan 1874, Kerling merupakan salah satu tempat gelanggang pertempuran. Kawasan ini agak jauh untuk mencapai kemajuan seperti mukim yang lain. Namun begitu, terdapat juga tempat yang menarik seperti Kerling Hot Spring untuk menikmati keindahan flora dan kehijauan hutan di tempat itu. Selain itu, terdapat juga Kolam Air Panas yang terletak di Kampung Baru Kerling. Keistimewaan Kolam Air Panas ini adalah airnya sangat bersih dan lebih baik dari air paip biasa.




Tempat Untuk Makan :
  • Kedai Makan Tradisional Kerling
  • Restoran Kerling


Tempat Untuk Menginap :
  • Kerling Hot Spring
  • Hotel 3-5 Bintang Kerling


Pendidikan :
  • SK Kerling
  • SJK Tamil Ladang Kerling
  • SJK Cina Kerling


Tempat Menarik :
  • Kerling Hot Spring
  • Kolam Air Panas Kerling
  • Pendakian Gunung Hutan Lenik
  • Kem yang terdapat di Kerling
  • Tapak Sukan Lasak
  • Air Terjun Kerling



Kerling Hot Spring

Tapak Sukan Lasak

Air Terjun Kerling

Kolam Air Panas Kerling